Thursday, August 5, 2010

DUIT ONLINE - Istilah yang perlu anda tahu

Terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi menyinggah ke blog ini. Berita baiknya baru saja sebentar tadi saya menerima E-mail dari paypal. Lagi, pembayaran yang saya terima dari salah satu laman web ptc.. ^_^

Tengok screenshot di bawah ni:



Anda boleh join laman ptc yang baru membayar saya (tengok screenshot di atas) di sini: Donkeymails

Lihat, siapa kata susah nak buat duit online? Sebenarnya, tiada apa yang senang di dalam dunia ini. Tetapi, adakalanya anda melakukan sesuatu dan merasakan perkara itu mudah dilakukan kerana mungkin anda telah biasa melakukannya dan anda mempunyai ilmu, kemahiran.

Sebab itulah blog ini direka untuk membantu anda menjana duit online secara mudah dan sambilan.Mungkin anda merasakan "Apa lah sangat baru dapat USD1 pun nak cakap besar!!" .. Maaflah ye.. Saya bukannya pakar di dalam bidang ptc ni, untung takdelah banyak sangat tetapi sekurang-kurangnya saya juga mampu mendapat keuntungan melalui ptc. Lagipun, ini pembayaran dari laman ptc yang dikategorikan sebagai aurora site! Ok, apa tu aurora site?

Mari, saya ajar anda beberapa istilah yang perlu anda ketahui untuk buat duit online melalui ptc.
  1. Aurora site - Laman web ptc yang membayar setiap klik terlalu rendah ataupun kurang daripada 1 sen 1 klik/iklan. Yang paling teruk saya pernah tengok 1 iklan tu bayaran dia sama dengan 1% dari 1cent USD. ahaha...sikit betul. ^_^
  2. PTR - Singkatan paid to read. Anda dibayar untuk membaca email yang berisi iklan.
  3. PTW - Singkatan Paid to write. Anda dibayar untuk menulis. Ehehe.. Macam2 juga peluang buat duit di internet ni ye.
  4. GPT - Singkatan Get paid to. Anda dibayar untuk ... Contoh untuk mengklik iklan,dll.
  5. Cheat Link - Link/url tipu bertujuan untuk mengesan penipuan klik menggunakan software.
  6. Saya akan tambah lagi pada masa akan datang..
P/s:  Baiklah, pada post akan datang saya akan kongsikan satu tips untuk memudahkan anda melayari laman2 web ptc tanpa perlu mengingati link/url/ nya disamping menjimatkan masa. Tunggu ye! Percayalah, anda pasti ingin mengetahuinya.

Tuesday, August 3, 2010

DUIT ONLINE - Apa yang anda perlukan untuk buat duit ptc


Hari ini saya kembali untuk menceritakan kriteria apa yang perlu anda miliki untuk buat duit online melalui ptc. Antaranya ialah:

  1. Pandai membaca & memahami bahasa Inggeris. Maklumlah, semua laman web ptc menggunakan bahasa antarabangsa dan anda tidak perlulah terlampau bebal otai dalam bahasa Inggeris macam saya ni. Apa lah sangat.
  2. Perlu ada laptop/komputer sendiri. Hal ini kerana semua laman web ptc menyimpan ip address setiap ahlinya bertujuan untuk mengelakkan penipuan dan ini demi keselamatan anda sendiri. (Setiap laptop/komputer mempunyai ip addressnya tersendiri). Ingat! Satu komputer cuma boleh digunakan oleh seorang saja. Jangan daftar sebagai ahli laman ptc yang sama lebih dari seorang menggunakan laptop/komputer yang sama. Nanti tidak pasal2 anda dicop sebagai cuba melakukan penipuan!
  3. Ada akses internet sendiri.. Ada sesetengah laman ptc tidak membenarkan ahlinya berkongsi akses internet. 
  4. Anda wajib mempunyai akaun perbankan online paypal & alertpay sendiri! Usah risau, untuk membuka akaun Paypal dan Alertpay amat mudah dan cuma mengambil beberapa minit sahaja. Anda boleh mendaftar di sini:       Paypal                 /                  Alertpay
  5. Anda mesti rajin mengklik! Ingat sampai mati! Program PTC ini adalah program pengiklanan dan kita dibayar untuk mengklik iklan. Ianya bukan skim cepat kaya atau login facebook terus dapat duit. Karut tul. Kalau anda seorang pemalas, tinggalkan saja blog ini dan lupakan saja keinginan buat duit online melalui ptc.
P/s: Saya akan tambahkan isi post kali ini sekiranya perlu. Mudah2an perkongsian kali ini dapat membantu anda menyediakan diri sebelum mula buat duit online dengan ptc ini.. Sekian..

    Sunday, August 1, 2010

    DUIT ONLINE - Apa itu ptc?


    Salam 1Malaysia!
    Saya ucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. Blog ini saya reka khas buat anda yang masih tercari-cari dan terkapai-kapai hendak membuat duit online. Tanpa melengahkan masa, izinkan saya menerangkan apa itu ptc.

    PTC merupakan perkataan ringkas bagi paid to click dimana anda/termasuk saya mendaftar menjadi ahli sesebuah laman web ptc dan dibayar komisen setiap kali mengklik iklan advertiser yang ada di laman web ptc tersebut. Jangan risau, kerja ini sangat mudah!

    Namun begitu, anda perlu mempunyai kriteria-kriteria tertentu sebelum mula buat DUIT ONLINE melalui ptc ini. Saya akan terangkannya di post akan datang! Nantikan kemunculannya... (Ceewah, macam iklan je bunyinya)..

    Jumpa lagi!